Taska Permata IQ

Johor Bahru, JOHOR

Status pendaftaran

Berdaftar dengan JKM (J/TI 093/2025), sah sehingga 2030-10-09

Registered with JKM (J/TI 093/2025), valid until 2030-10-09

Maklumat sekolah

NamaTaska Permata IQ
AlamatNo 1, Jalan PI 13/9 Taman Pulai Indah Skudai 81300 Johor
BandarJohor Bahru
NegeriJOHOR
Poskod81300
JenisTaska (pusat jagaan, berdaftar JKM)
Status pendaftaranBerdaftar dengan JKM (J/TI 093/2025), sah sehingga 2030-10-09
Umur diterima2 bulan - 4 tahun
Waktu operasi6:30am - 7:00pm
YuranRM700–RM900 sebulan (Disahkan Sekolah)
KurikulumMontessori, Islamic/Tahfiz, Play-based, PERMATA NEGARA
BahasaBM, English
Telefon0137333035

Perihal

Taska Permata IQ ialah sebuah pusat asuhan kanak-kanak berdaftar yang menyediakan perkhidmatan penjagaan, asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan penuh kasih sayang. Di Taska Permata IQ, kami menerima kanak-kanak seawal usia 2 bulan hingga 4 tahun. Program pembelajaran kami berpandukan Kurikulum PERMATA Negara, yang memberi penekanan kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari segi: 🧠 Perkembangan kognitif dan pemikiran. 🗣️ Perkembangan bahasa, komunikasi dan pra-membaca. 🤝 Perkembangan sahsiah, sosial dan emosi. 💪 Perkembangan fizikal, motor halus dan motor kasar. 🎨 Perkembangan kreativiti, imaginasi dan seni. ❤️ Pembentukan nilai murni serta pengurusan diri. Selain aktiviti pembelajaran harian, kanak-kanak juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti permainan sensori, eksplorasi, muzik dan pergerakan, aktiviti STEM ringkas, projek bertema, sambutan perayaan, sukaneka serta program yang melibatkan ibu bapa bagi membantu perkembangan mereka secara menyeluruh. Kemudahan yang disediakan di Taska Permata IQ: ✅ Berdaftar dengan JKM. ✅ Bilik berhawa dingin. ✅ CCTV untuk keselamatan. ✅ Air minuman bertapis. ✅ Persekitaran bersih, selamat dan mesra kanak-kanak. ✅ Guru yang prihatin, penyayang dan berpengalaman. Matlamat kami adalah untuk menjadi rakan ibu bapa dalam membentuk anak-anak yang ceria, berdikari, yakin diri serta bersedia melangkah ke alam tadika dan sekolah dengan asas perkembangan yang kukuh. Kami percaya setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang unik, dan di Taska Permata IQ, setiap anak diberi peluang untuk belajar, bermain dan berkembang mengikut kemampuan mereka dalam suasana yang penuh kasih sayang. Di Class PlaySchool Permata IQ 3&4 Tahun, kami bukan sekadar menjaga anak-anak, malah menyediakan mereka dengan persediaan awal sebelum melangkah ke alam tadika. Melalui Program Kesediaan ke Tadika, kanak-kanak didedahkan dengan kemahiran asas seperti mengenal huruf, nombor, warna, bentuk, kemahiran pra-membaca, pra-menulis, komunikasi, pengurusan diri, disiplin serta keyakinan untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Pendekatan ini membantu anak-anak menyesuaikan diri dengan lebih mudah apabila memasuki tadika dan seterusnya alam persekolahan.

Lihat profil penuh di CariSchool


CariSchool Malaysia — direktori tadika berdaftar KPM dan taska berdaftar JKM. Data daripada pendaftaran awam KPM/JKM. Bukan afiliasi rasmi KPM atau JKM.